Rabu, 14 November 2012

Nota Ringkas


MENGAPLIKASI PENGETAHUAN TENTANG PEMASANGAN KOMPONEN SET BINAAN BERDASARKAN MANUAL.

1. Set Binaan – terdiri daripada komponen dan manual bergambar.
2. Komponen – Bahagian-bahagian untuk membina suatu model binaan. Komponen adalah daripada  pelbagai bentuk, jenis, saiz dan warna.
3. Manual bergambar – Lembaran atau buku mengandungi panduan atau langkah untuk memasang suatu model binaan.
4. Model binaan – suatu binaan yang dipasang daripada beberapa komponen.
                                   Contoh Set binaan               Contoh Komponen

                                  Contoh Manual Bergambar      Contoh model binaan

5. Baca manual – untuk mengetahui maklumat komponen dan langkah-langkah pemasangan.
 Membaca Manual

6. Kenal pasti komponen – Mengenal sesuatu komponen sebagai sebahagian model binaan.
7. Pilih komponen
         a) Beberapa komponen dipilih berdasarkan fungsi bahagian model binaan.
         b) Sesuatu model binaan memerlukan bilangan tertentu suatu bentuk, saiz atau warna komponen.  
         c) Komponen yang diperlukan untuk sesuatu model binaan terdapat dalam manual.
8. Pasang komponen
         a) Pemasangan komponen hendaklah mengikut langkah-langkah dalam manual.
         b) Langkah yang tidak betul menyebabkan kesukaran menghasilkan set binaan tersebut.
                                Langkah awal                        Langkah akhir
9. Lakar hasil binaan
         a)  Lakaran hasil binaan bertujuan untuk merekod dan rujukan masa hadapan.
         b)  Semasa melakar, bentuk asas yang dipelajari dalam Tahun Satu digunakan.
Melakar Hasil Binaan
10.Ceritakan hasil binaan
         a) Menceritakan hasil binaan kepada rakan anda akan melahirkan keyakinan diri dan meningkatkan 
             kemahiran berkomunikasi.
         b) Rakan boleh member pendapat terhadap hasil binaan yang dibuat.
11. Buka hasil binaan
         a) Membuka hasil binaan dengan teratur adalah sangat penting.
         b) Hasil binaan hendaklah dibuka mengikut urutan pemasangan komponen terakhir hingga ke  
             pemasangan komponen terawal hasil binaan.
         c) Membuka dengan cermat dan mengikut urutan akan menjamin komponen sentiasa berada dalam 
             keadaan baik.
                                          Langkah awal          Langkah akhir
12. Simpan kompone
     a) Komponen disimpan di dalam bekas penyimpannya. 
           b) Komponen disusun dengan teratur mengikut bentuk, saiz, dan warnanya.
           c) Tujuannya ialah supaya pengguna seterusnya mudah untuk menggunakannya dan komponen 
               lebih selamat dijaga.

13. Ringkasan susunan langkah memasng komponen dan membuka hasil binaan.

Khamis, 1 November 2012

Kata-Kata Aluan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah,

Saya amat bersyukur dan mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan melayari laman blog ini. Semoga tuan-tuan dan puan-puan mendapat maklumat yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Saya juga berharap laman blog ini menjadi sumber rujukan berguna para pengunjung blog ini.

Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif bagi memantapkan lagi kandungan laman blog ini untuk manfaat semua pihak.

Terima kasih kerana mengunjungi laman blog ini.